"Saya Tak Kesah Apa Orang Nak Cakap, Bukan Dia Suap Nasi Kat Mulut Saya Pun"


#Drama Hello Mr Perfect yang kini sedang ditayangkan menerusi slot Akasia di TV3 nampaknya tidak berjaya menarik perhatian penonton.......

#Beberapa hari lepas, ada seorang penonton yang meluahkan drama tersebut tidak mempunyai jalan cerita yang menarik selain pemilihan pelakon yang agak tidak bersesuaian dengan watak.......
Malah, ramai sebenarnya yang menantikan saat agar drama ini cepat tamat kerana mengakui ia langsung tidak mempunyai kualiti.......

#Lebih membuatkan penonton merasa bosan adalah lakonan heroinnya Nur Ruhainies yang langsung tidak dapat menjiwai watak Ain dan Alya dengan baik....... Malah, beliau kelihatan agak “kayu” ketika berlakon.......

#Meskipun dikritik, Nur Ruhainies bagaimanapun enggan ambil pusing dengan komen-komen negatif yang dilemparkan kepadanya dan mengambil kata-kata itu sebagai pembakar semangat untuk menjadi seorang aktres yang lebih baik di masa hadapan.......
Sebelum drama dilancarkan lagi saya sudah bersedia dengan segala kritikan.......

#Fattah juga pernah berpesan, setiap kritikan yang terima walaupun negatif haruslah ditukarkan menjadinya positif....... Itu merupakan semangat untuk terus tingkatkan mutu lakonan seperti mana yang pernah dia lalui satu ketika dahulu.......

#Pada pendapat kami lah, seorang pelakon baharu yang memang tidak ada sebarang pengalaman dalam bidang seni tidak seharusnya diberi watak utama dalam sesebuah drama....... Penonton sekarang lebih pintar dan tidak mahu ditipu dengan wajah cantik semata-mata sebagai heroin drama.......

#Pelakon baharu juga perlu bijak mengatur kerjaya mereka, jangan ingat mahu popular cepat anda  terus terima tawaran untuk berlakon kerana ia akan ditayangkan di slot Akasia yang sebelum ini mampu melonjakkan populariti seseorang artis ini.......  Tidak semestinya begitu bukan? Jangan ambil jalan pintas..............

Share this: